Wednesday, December 23, 2009

IT'S MY LIFE!!

Dah lama sangat rasa sesuatu yang terpendam dalam hati ini. Geram! Menyampah! Argghhh!
Aku paling tak suka dan menyampah bila ada orang yang cuba menyebuk dalam apa jua yang aku buat dalam hidup aku. Apa yang aku buat semuanya salah and tak betul. Mak bapak aku pun tak marah dan tak kesah. Siapa kau nak kawal hidup aku! Siapa kau nak halang kehendak aku dalam hidup! Aku punya kemahuan. Aku punya kehendak. Aku punya minat aku sendiri. Aku tak suka orang halang aku! Kalau aku mahukan sesuatu. Aku akan cuba dapatkan juga. Walaupun aku akan bersusah sedikit dikemudian hari. But i know i can manage it. As long as aku tak ganggu hidup sesape. Aku tak susakan sesape.

Hey! mind your own business la k! aku tak penah nak halang pape dalam hidup ko! kenapa ko nak sebuk-sebuk sangat! ko ada hidup ko!aku ade hidup aku! Jangan sebuk boleh tak! Tak boleh ke ko support minat aku??? Apa yang aku minat semuanya ko nak halang! Okla, ko mungkin tak halang! tapi mulut ko bising itu ini. SHUT UP la k!! im sick of all those thingy! Tak supportive langsung!!

Friday, December 11, 2009

.: Saya ada kekasih baru :.

Cuti semester kali ini memang sangat bermakna bagi aku. Lebih kurang seminggu cuti selepas paper terakhir tempoh hari, aku pulang semula ke UTP untuk berlatih menari. Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang telah memecah record tarian beramai-ramai terbesar di Malaysia. Antara pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut serta dalam event ni. Seronok bersama kalian semua.


Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia, 6 Disember '09, Dataran Merdeka KL

Selepas event ni, aku dan along pergi ke Lowyat mencari camera idaman aku. Banyak kedai yang kami kunjungi untuk mendapat harga terendah. Yeay! dan akhirnya. Aku miliki camera idaman! Seronok sangat!


7-9 Disember pula, aku menyertai 1 lagi event anjuran MSC [ Multimedia Super Corridor ], MSC Kre8tif Content Conference. Such a great even dimana aku terbuka mata betapa luasnya bidang creative multimedia. Seronok dapat berjumpa animator terkenal seperti John Stevenson, Director Kung Fu Panda dan ramai lagi.

MSC Kre8tif Content Conference

Les' Copaque Production, Upin Ipin

Norman KRU, one of the speaker

Pengarah Animonsta Production, Nizam Razak

John Stevenson, Kung Fu Panda Director with Sue Erokan, Supervisor Dreamworks

Hopefully, cuti semester kali ini akan memberi makna dan input berguna kepada aku.